Thursday, 1 January 2015

SENYUM. Kau memang tak perlu kata apa-apa :)

Salaam 'alayk!

SENYUM.

Apa yang membuatkan Balqis tetibe pilih topik ni?

OK cemni cerita dia.
Haritu alhamdulilah spend time dengan mama dan Sue serta kawan mama di sebuah shopping mall. Menjadi tabiat Aqis untuk senyum je dengan sesiapa yang Aqis jumpa. Tak kira la kenal ke tak.

Apa yang Aqis noticed, almost all lady yang Aqis tembung, semua senyum! MasyaAllah seronoknya Aqis rasa masa tu. Aqis rasa macam, "Eh kenapa semua senyum ni? Selalu tak camni. Sikit je orang akan balas."

Ni, macam kitorang saling berebut nak 'sapa senyum dulu' hehe.

Its a great feelings really :)))))

Aqis teringat kisah sahabat2 baginda Muhammad SAW yang selalu kecewa.
Kecewa sebab apa?

Sebab tak dapat ucap salaam pertama buat junjungan Muhammad apabila bertembung. Nabi kita selalu menang dulu bab bagi salaam ni. hehe :) Itu satu contoh yang patut kita contohi.

Dan atas reason ni, Aqis nak kita semua bila jalan2 je kat shopping mall ke, kat akak cashier ke, kat makcik guard ke, kita SENYUM :) OK? Berani sahut cabaran tak? Yeah!

Ok kata tengah bertembung dengan pasangan suami isteri kan, kita sebagai kaum hawa ni lebih bagus senyum pada sang isteri. At least dapat elak dari bertembung mata dengan lelaki ajnabi dan tak membawa sangkaan buruk daripada si isteri.

Dengan senyum je pon, kita boleh dapat pahala. Apatah lagi makhluk yang dah buat pelbagai lagi perkara yang membawa darjatnya tinggi bukan di mata manusia. Tetapi Allah.

Ikhlaskan niat, perbuatan kamu keranaNya.

Kamu akan belajar apa itu bersikap humble dengan manusia bila kamu bersifat humble dengan sang Pencipta inshaaAllah :)




No comments: