Friday, 16 January 2015

Aktiviti masa lapang.

Salaam 'alayk!
Saja gedik2 nak menaip. Heh.

Hari ni Aqis ke kolej di Ampang atas urusan belajar sikit. Then melencong ke KL sat. Aim dia, nak beli kain je. Aqis kan tak suka beli tudung. Tapi beli kain untuk buat tudung takpe kan Balqis. Bukan apa, jimat. Lagi satu, rasa kepuasan dia walaupun sungguh! Bukan daku yang menjahitnya! Hehe.

Aqis ke Ampang, drive. Then ke KL, Aqis tukar naik LRT. Well, Aqis tak suka ingat jalan. Nak ingat tapi macam, mm mm kalau dah terdesak baru rasa nak ingat jalan. Boleh kan?

Kalau driving, mesti ada partner. Kadang2 partner boleh buat2 tido (contoh la), katanya biar Aqis ingat sendiri jalan. Sobs! Gua cuba gua cuba.

Dah sampai sana, merewang la Aqis. Kita bukan selalu keluar jadi tempat dah penah pergi pon boleh sesat. Kat sana, nak dekat 10 orang juga la Aqis tanya, “Ah maaf cik, jalan nak ke Jakel ikut mana?”, “Salaam cik. Sogo boleh ikut sini ya?”

Korang relax je. Jangan malu bertanya. Rapatkan ukhwah dengan orang yang tak dikenali. Tapi! Berpada2. Jangan la kita gatai p tanya abang sado yang tengah minum air jambu batu tu tauuu. Melampau chuolls. Haha gurau.

Haa cenggitu la dari 1st sampai sampai lah balik.
Apa yang Aqis nak puji, warga Malaysia semuanya baik-baik. Yeah, bagus kan camtu. Keep it up Malaysian! J

Sampai ada satu tu, akak tu siap suruh Aqis ikut dia (ok la, percaya. sebab akak tu pakai tag nama bank tu ha). Kebetulan, dia sama jalan dengan Aqis. Praise to Allah, I’ve met new kind lady. Thank you J

Dah sampai Jakel, peh peh peh. Duit yang ditarget untuk dihabiskan di gedung Jakel boleh meningkat mendadak rasanya. SALE everywhere!
Akak Jakel tu cakap patut dah habis promosi tu, tapi sebab tak pindah barang lagi kat gedung Jakel yang baru, so dorang nak habiskan juga stok ni.

Alhamdulillah rezeki J

Dan servis layanan akak-akak Jakel memang mantop! Sangat friendly, asal tengok Aqis sensorang pilih kain, dorang mesti tanya, “ada yang bantu tak?”
Duhh. Kita pula jadi kesian takut kawan dia kena marah ke hape ke lah.

Last2 Aqis cakap, “Akak, saya ke depan dulu ya.”
Ni kes sebab dorang ikuuuuut je kita ke mana2! Waaaa. Tak selesa sebenarnya. Tak sukaaa. Biar daku dengan duniakuuuu. Hhahahah!
Well nak buat camna. Tugas dorang kan. Redhaa  jela.

Oh ya! Jakel KL punya cawangan baru kat belakang tu je. Jalan sikit je ke belakang if korang masuk dari butik Hajra or Mydin tu. Besaqqq baq hanggg oii bangunan baru dia. Fuhh fuh lenguh kaki den merayap dalam tu nanti. Heheh bajet jet jet je macam kita CEO nak rasmikan jejak kaki dulu dalam tu heheh lagi.

Pastu dah puas tahan nafsu kain, Aqis keluar pulak cari SOGO. Nak cari makan je pon. Teringin Subway. *malu. Boleh pulak sesatttt. Nasib la nakkk. Patut jalan short cut, Aqis pergi ke mana2 ntah. Pak arab, mat bangla, semua kaum Aqis jumpa. Memang 1 Malaysia wa cakap sama lu. Takpe rakyat aman, asalkan tak kacau Aqis sudah. Bukan perasan, tapi “Wa home alone maa time tu.”

Haa lagi satu, (berapa banyak lagi daaa) Aqis if nak pergi jalan yang memerlukan Aqis belek, tenung barang tu lama-lama, Aqis tak kisah sapa2 nak ikut pon takpe tapi Aqis prefer gerak sorang je. Senang. Im freeeeeeeee. Hehe. Bimbang kawan kita penat. Tu je. Aqis ni takleh sikit. Nanti tak sampai hati nak jalan lagi sedangkan nak jalan. Hehe.

Masuk SOGO, jalan2 cari Subway dan Big Apple (untuk family), boleh pulak lupa Subway kat luar Sogo kan. Gua pon rasa macam, Pftttt---- Big Apple takdo. Dunkin donut hado. So decide beli Big Apple kat The Store Sg Buloh je. Sonang.

Balik singgah Subway pulak.
Taktau plakkkkk camna nak orderrr. Boleh sokmo kan Balqis???

Jadi nak kaver line, Aqis suruh adik yang take order tu suggest mana yang best. Best kannnn taktik Aqis? Hahahaha.

Nah step bagi sesape yang newbie Subway tu. (macam i lerr tuu)

1. Pilih roti dan menu yang disenaraikan kat atas2 tu. (Alaa macam KFC sume tu lah. Set2 tu)
2. Pilih cheese
3. Pilih sayur
4. Pilih sos
5. Bayar. (Kalau nak tambah air, cakap kat dia)

*Untuk pengetahuan kalian, pilihan sayur, sos dia banyak. Sebab tu semua bahan ni kena pilih sendiri. Sos tu Aqis cmpur 3.

Inti Subway Aqis:
1. Roti: honey oat // Menu/inti: Seafood & crab
2. Cheese: Haa ni Aqis tak perasan. Tapi adik tu bubuh macam cheesedale camtu la.
3. Sayur: Lettuce, Jalapeno
4. Sos: Mustard, BBQ. Lagi satu lupa heheh
5. So total semua campur air isotonic: RM 8.80.
*Panjang roti 6”

Then, gua makannnn dengan sopan santun. Muahahaha!

Pastu balik la. Drive ke Sg Buloh, mak aiiii. Ngantuk baq angggg! Hampir sahaja saya memejamkan mata chuolls sambil memandu! Allah.

OK balik pastu ada kejadian lain pulak. Yang di mana biar saya je yang tau. Sekian! Haha kejam kan. Tinggalkan orang dengan tanda tanya.

Tiada yang penting untuk sesape yang baca ni tahu pon, awak. Wuhuuu!

Sekian dari Balqis melaporkan aktiviti cuti dia. Padahal klinik kol tadi suruh masuk kejee. *kenyit mata. Maaf ya akak2, Aqis takde kat Sg Bulohhhhh. Lagipun harini meme Aqis cuti. In shaa Allah jumpa esok J

Salaam. Mimpi indah ya <3


p/s: Aqis tak hambik gambo pon. Gila duduk sorang2 makan, tetibe amik gambo makanan. I pemalu chu olls.... Muahahha geli geli geli ok babaiii ! 

No comments: