Tanggal 9/6/2015, Aqis dan Atin telah pergi ke sebuah gedung kain untuk beli kain la of course! Hee. Asalnya nak pergi lepas zohr, tapi terlajak, pukul 2.30pm baru gerak deh.
Sampai sana belek punya belek, before Asr jugalah baru keluar dan kami pergi ke Laman Seni 7 LAGIIIIIIIIII! Hihihi. Kali ni guna handphone Aqis pula kata Kurus (Atin). Lawa katanya, Alhamdulillah. Sekarang Alhamdulillah Aqis guna OPPO Mirror 3. Siapa survey handphone, bolehlah usha brand dan jenis handphone ni. Ritu abang kamera, photographer majlis walimah Abang Pet pon kata kamera dia lawa. Bukan nak kata kamera handphone Aqis sorang je lawa ya..Nak kongsi bagi yang tengah survey tu.. Kamera depan, 5MP. Belakang 8MP.
Kurus sanggup lompat sebab penyapu heheh <3 |
Ni close-up OPPO Aqis tu. Not bad to use it, WISELY. |
OK dah kenapa cerita pasal OPPPO neh.
Alhamdulillah, harini dapat juga makan di Rakshee. Pernah dengar Boat Noodle? Haa ni lebih kurang camtu la. Alahhhh lapar pulak dah cerita pasal makanan lewat gini. Signature dish kat Rakshee ni, BAKSO SOUP depa.
Masya Allah sedap gila sup dia! Aqis makan 4 mangkuk kecik tu. Kurus makan 4 mangkuk jugak. Sama. Satu mangkuk kecik tu harga RM 1.90. Then kitorang order spaghetti marinara. Ok lah bagi Aqis. Air, air mineral je. Air mineral tak cas. Pilihan air tak banyak. Ada 3 pilihan je tak silap. Semua air botol yang antik dulu tu. Kitorang plak daripada tengahari minum manis je, bagus jugak minum air masak ni. Pergi kafe order air masak. RARE. Rare ke? Cover la, "Bang, air mineral ada kan?" Sedap sikit dengar hee.
Untuk Bakso Soup ni, ada perasa tambahan.
1/ Sos
2/ Lada blender
3/ Kicap pekat manis
4/ Air perahan limau.
Aqis suka makan asli camtu je. Bila kuah sedap, Aqis tak suka nak tambah perasa lain. Hilang la rasa sedap tu kan. Tapi! Sup dia memang sebati dengan perasa lada blender tu. Ada buh kicap je, hilang sokmo rasa sup wuwuwuwuwu. Cover dengan lada blender tu, pehh! Mantop tu joooooo~
Sedap! ^^
Yang ganjil keseorangan tu la spaghetti marinara. Cheese on top bebeh! |
Masya Allah ini sangat mengiurkan! |
Lupa pulak. 1st masuk tu, pergi kaunter terus ea. Order semua kat situ. Pas order, dia akan bagi benda bulat kaler merah, benda tu macam penggera sebenarnya. Macam cerita omputih tu. Team Rakshee akan call kat penggera tu, menandakan order dah siap!
Kitorang kan 1st time kan, lari2 kitorang berdua bawak benda alah bulat ni masuk dalam kafe (kitorang pilih meja kat luar) balik. Bunyi tu taknak berhenti plak kannnnnn~~~~ Ya benerrrrrr~~~
Pengalaman mendewasakan usiaaaaaaa. Heheh.
Aqis nak snap gambar mangkuk pas abis makan tu, sekali baiya tu kutip mangkuk awal daaaaaaaa~~~ Tak sempatttt~~~
Kemudian ke Encorp (Strand) Mall le kite. Tumpang solat Maghrib sahaja. Tandas kat Strand Mall macam hotel oiii.
Pastuuuu, kami pon balik ke tanah air. Sungai Buloh je pon hehehe.
Alhamdulillah, barang dah dapat, eratkan hubungan pon dah, in shaa Allah segala perancangan berjalan dengan baik.
Semoga esok membawa sinar baru dalam kehidupan kita ya. In shaa Allah :)
Salaam selamat malam daripada Aqis :)
Nah info Rakshee:
Instagram: RAKSHEE
Alamat: No 13G, Jalan PJU 5/20A,The Strand, Kota Damansara.
No telefon: 0122474673
RAKSHEE TUTUP HARI ISNIN TAU!
Instagram: RAKSHEE
Alamat: No 13G, Jalan PJU 5/20A,The Strand, Kota Damansara.
No telefon: 0122474673
RAKSHEE TUTUP HARI ISNIN TAU!
No comments:
Post a Comment