Friday, 12 June 2015

Who Am I?

Assalamualaikum wbt :)

What's in my bag/make up bag bebeh?

Ehem.. Before that. Aqis nak cerita. Aqis tak pernah nak cerita kat siapa2. Aqis tunjukkan je kalau perasan (orang sekeliling Aqis).

Em tau tak Aqis ni suka amat amat AMAT kat perkara yang melibatkan wanita cam fashion, trend semasa camtu. Agak2 faham kan maksud Aqis?

Aqis amat meminati perkara2 yang feminin camni. Bukanlah boleh dilabel sebagai mangsa fashion or so whatever tapi ianya bak kata orang kampung, PASSION.

Aqis rasa, ianya bermula masa Aqis kecil2 dulu kot. Dulu, mama ada satu meja make up ni tau. Penuh gila barang make up atas tu. Bila mama takde, Aqis suka main2 dengan make up tu. Pastu main cikgu-cikgu. Kerap jugak lah Aqis main dengan benda alah tu.

So bila makin membesar, kita tengok mama kita tau. Camna gayanya. Camna caranya. Camna pemakaiannya. Cara pergaulannya. Aqis perhati. Kalau nak tau, perangai Aqis ni sejibik mama ler. Mama versi moden. Hehe.

Cakap mengenai fashion. Ya Aqis tengok semua jenis fashion yang ada. Starting dari Islamik sehingga ke barat punya. Dont get me wrong please. Atas sebab suka perhati benda2 camni, Aqis selalu bayangkan, OK gaya terdedah ni boleh alter sikit, kasi Islamik sikit. Cover your aurah sikit :) Haa cemtu. Aqis juga punya impian, Aqis nak cipta sesuatu yang berkaitan dengan fesyen yang boleh memartabatkan koleksi/design Islamik secara 100% di mata dunia. Islamik 100% means is, TO COVER PROPERLY, NOT TO CLOSE YOUR BODY. 

Iyelah, sebagai contoh, baju kena longgar ya a auuu, tudung/shawl boleh labuh :) seluar tak payah nak nampak peha sangat. Kind of that thought. Ini semua impian. Aqis juga nak, haish! Takmau cakap la. Biar terlaksana dulu, baru Aqis kongsikan in shaa Allah :)

Walaupun Aqis tertarik gila dengan perkara2 camni, but still in same time, Aqis sangat dahagakan majlis2 ilmu. Tak kira ilmu apa2, janji bukan ilmu syirik na'uzubillah min zalik. That's why Aqis suka untuk dekatkan diri dengan mereka yang boleh dedahkan pada Aqis apa itu ilmu agama. Aqis tidaklah pandai sangat, sebab tu jangan malu untuk bergaul dengan mereka. Merendah diri dalam soal agama itu tak salah, tapi jangan pulak sampai tak nak campur/tak nak ambil tahu mengenai selok belok agama. Lagi2 kita ni Muslim, sayang. Jadi, tak payah malu sangat aih :) Depa tak makan orang pon.

Aqis lagi best. Siap lepak ngan acik2 surau. Aqis sorang je adik2 kat situ haha. Apa kisah? Sama je kita. Kita sama2 nak belajar :) <3

Em nak tengok ada apa dalam bag make up Aqis? Ya saya, saya ada juga make up bag! Wuwuwuwu. Tapi! Setiap kaler make up (lipstik, eye shadow, etc) semuanya natural/earth colour. Maksudnya, kadang kalau pakai, orang tak perasan pon Aqis pakai. Nak nampak segar je Aqis pakai. Tu pon ape je, bb cream, bedak compact, gincu sikit je haa gitu2 je seharian bila nak keluar. Takdelah Aqis nak eye shadow kaler merah hijau kuning gitu bawa keluar. Kang kelip sikit, kereta berhenti. Sebab 'lampu merah' hee. OK tak baik Balqis. Konklusi, nak make up ke, jangan la sampai tabarruj amat, sisters. Biasa2 je okay :) Nak merah biru hijau, haa tunggu kawen. Pakai depan laki ang tu haa. Kasi terbeliak skekkk hahaha nakal!

OK meh meh tengok,

Overall, Balqis ada ni sahaja.
Alaa macam main mak2 je kan barang dia kehkeh

PIXY is my fav brand sebab kena ngan kulit Aqis.

Cop!
Rasa cam,"Ek elleh, boleh aa barang camni"

Taklah. Bagi Aqis, kebanyakan barang make up ni Aqis simpan buat stok dan hanya beberapa je yang diguna seharian. Bedak compact is a must ler.

Dengan terlibat dengan benda2 cmni, bukan bermakna Aqis ni tak boleh didekati, nak dekat, fashionista only. Hello, Aqis  berkawan dengan semua orang..Secara dasarnya Aqis pon comot2 gak. Selekeh2 hahaha. 

Jadi ingat!
Nak berhias bagai nak rak, kalau boleh cuba elakkan ya. Aqis sebagai seorang wanita, sedikit sebanyak tau apa yang wanita tu mahukan untuk kelihatan cantik. Jadilah seorang yang cantik fizikal secara minimalis, cantikkan hati dan jiwa juga ya wanita2 hebat di luar sana, in shaa Allah :)

No comments: