Thursday, 4 June 2015

What's happened today? Last day job huh?

Assalamualaikum wbt.

Dah malam ni.
OK ada cerita.

Tau kan sekarang Aqis kerja as a pembantu tadbir kat klinik oftal?

4/6/2015.
Supposed today is my last day at there, working.
Sepatutnya Aqis bagi borang untuk lanjutan kerja but unfortunately, I've not make it well. Terdapat masalah teknikal sedikit.
Balik tu akak kat Jabatan Sumber Manusia mesej, katanya,

"Assalam Balqis. Esok Balqis tak payah datang kerja dulu ye. Tunggu pengesahan lanjutan kerja daripada pihak atasan dulu."

OK its goes.
Sedih. Memang sedih.
Aqis dah tanya penyelia, kalau tak hantar borang tu, ada apa2 masalah boleh timbul tak?
He says, ''Takdelah. Takde pape masalah."

Balik tu dapat mesej camtu. But eh nak tau?
Before Aqis terima mesej sedih ni, Aqis dengar IKIM fm. Segmen 'Usrati' bersama Ustazah Norhafizah Musa. Tajuk berkaitan dengan SABAR KUNCI KEKUATAN.

Sambil bawa kereta nak balik tu, Aqis fikir, "Camna la Allah nak uji aku..Camna kalau sekarang Allah uji aku? Camna aku nak hadapi?"

Tuppppp! Terus Aqis rasa apa yang Aqis fikirkan. Masya Allah Allah Maha Besar Subhanallah.

OK berbalik. Camna Aqis nak hadapi ujian ni?
Sabar. Itu kunci kekuatan Aqis.

Selain tu, Aqis juga perlukan support moral daripada orang sekeliling Aqis. Aqis pon called la sesiapa yang Aqis rasa boleh dengar masalah Aqis, seikhlas hati..

Alhamdulillah, dalam keadaan sedih camtu, Aqis peroleh semangat daripada pelbagai pihak. Alhamdulillah <3
Terima kasih semua yang Aqis sayang dunia akhirat, in shaa Allah..
Then, Aqis terima satu panggilan.
Daripada sebuah klinik kat Ampang. Syukur sangat Aqis masa tu.
Hilang sekelip mata dan dapat juga sekelip mata. Masya Allah.

Sebuah center fisioterapi (more kepada medical clinic bila google), tawarkan Aqis kerja kat sana.
But! Balik tu, Aqis google balik. Camna rupa klinik ni? Apa kemudahan yang ada kat sana. Position apa yang ditawarkan kat sana? Sebab dulu, Aqis apply je semua kerja yang ada dalam Malaysia neh. Major totally is Physiotherapist! Dan akak yang called Aqis tu, tanya Aqis ada apply kerja fisioterapi ke dulu? Aqis iyekan je. Heheh. Mana la Aqis ingat. Berpuluh-puluh resume Aqis anto. Huhuhu takde plak emo neh.

Hm. Aqis tunjuk kat mama keadaan klinik tu. Bukan memilih kerja. Its that apa yang Aqis fikirkan masa tu?

1. Keadaan klinik yang agak lama.
2. Suasana persekitaran yang sunyi/tak strategik (maybe)
3. Kos perjalanan pergi balik berbaloi tak dengan apa yang Aqis akan peroleh kat sana.
4. Was2 dengan jawatan yang ditawarkan sebab fisioterapi bukan major position kat sana.
5. Mama tak beri keizinan setelah mama fikir apa yang Aqis fikir. Tsk tsk.

Jadi En Zai (penyelia) suruh juga Aqis kerja esok. Beliau sendiri akan berurusan dengan Sumber Manusia. Pray that everything will going well. In shaa Allah..

Konklusi: Bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun seciput cuma. Banyakkan berdoa, tetapkan niat dalam doa. Sabar, kerana sabar itu indah :)

Takpe... Aqis tak dapat lagi capai 100% impian Aqis tapi dont stop to pray to Allah so that your dream will come true, one fine day. In shaa Allah.

Aqis cuba untuk buang perasaan down tu dalam diri. Anggap je bukan rezeki kita lagi.
Dengan kerja yang Aqis ada sekarang ni, Aqis akan rajinkan diri untuk bekerja seolah-olah Aqis ambil course PT (pembantu tadbir) dolu-dolu sedangkan tak pon hehe. Yang penting, ikhlas dalam setiap pekerjaan as long as kita pasti dan yakin bahawa kerja yamg dilakukan dibuat secara halal dan penuh barokah.

Syukran :)

No comments: