Boleh Aqis kongsi sesuatu?
Ada yang bertanya, macam mana Aqis boleh bertudung labuh?
Jawapan Aqis:
1. Ini kan perintah Allah. Aqis sentiasa terfikirkan hujah sempoi tapi kukuh apa yang boleh disampaikan pada sahabat2 yang mendapat hidayah Allah yang bertanya ini..
2. Aqis tak nak papa masuk neraka. Kesian papa.
3. Kenapa mahu nafikan kita perlu tutup aurat dengan sempurna, sayang? Dalam Quran dah stated, sayang..
OK lah. If malas baca terjemahan, tengok satu ayat ni je. Panjang sikit but cuba kamu faham ya sahabat.. Surah an-Nur: 31. Ayat ni famous sangat dalam terjemahan Quran yang dijadikan hujah.
4. Bila pakai tudung labuh, kita rasa kita terikat dengan SATU je cara pemakaian iaitu, LABUH. All must labuh! Urghh. Pernah terfikir camtu?
-Aqis ingat, mula2 Aqis panjangkan tudung Aqis, Aqis buntu. Gaya tudung apa Aqis nak buat ni...Sebelum ni belit sampai nak tercekik leher mak, nakk. Wuwuwuwuwu~~
Aqis fikir, "Takpelah." Aqis cuba dulu, setiap hari keluar, mesti nak praktiskan gaya tudung camna Aqis nak pakai tapi masih menutup aurat. I mean, bukan setakat tutup rambut, leher Aqis je tapi menutupi anggota badan Aqis yang tidak perlu dilihat di khalayak.
Mula2 masuk kolej, gaya tudung/selendang Aqis memang tak boleh blah. Jujur aa cakap. Hahahaha. Kelamaan, Aqis ubah. Ubah sikit sikit. Aqis tau Aqis bukan sorang2. Aqis hidup bukan nak puaskan hati manusia, ya kita menjaga hati manusia, orang sekeliling kita tapi yang lebih utama, Aqis perlu fikir cara untuk pastikan Allah tak murka dengan etika pemakaian Aqis. Akhlak pon kena jaga.
Aqis harap, apa yang Aqis pamerkan, maksud Aqis, Aqis kan kerja, mesti akan keluar. Tak kira la kerja ke, pergi jalan ke, Aqis nak pastikan setiap kakak2, adik2 perempuan Aqis kat luar sana, faham dan sampai dengan setiap perbuatan yang Aqis lakukan. In shaa Allah.
Aqis faham..Susah dan pelik dengan wanita yang bertudung labuh. Rimas. Tapi itu yang terbaik buat kita, sayangku.. :)
Semoga kita sama2 diberi hidayah Allah :')
Kamu masih boleh kelihatan cantik, sayang :) Dont worry dear <3
5. Aqis anak sulung. Aqis rasa tanggungjawab terhadap adik2 tu wajib kena ada. Anak2 mencontohi setiap perlakuan ibu bapanya. Adik2 juga meniru perbuatan kakak2 dan abang2 nya. Memang lah tak semua beradik ni sama perangai but kita ini contoh.
If kita jadi abang/kakak yang baik, itu satu bonus. Adik yang baik, boleh jadi bertambah baik. Yang degil, in shaa Allah sikit2 bila makin besar, pandai dengar kata. In shaa Allah.
Ini sahajalah yang Aqis boleh buat summary secara keeluruhannya.
Semoga memberi manfaat kepada semua :)
Oh ever you heard about 'imaanbalqis'? Its new! (emo malu malu kucen meowww) |
No comments:
Post a Comment