Friday, 10 July 2015

Ego

11 Julai 2015 bersamaan 24 Ramadhan 1436H.

Assalamualaikum wbt.
Selamat pagi!

Apa khabar semua? Aqis harap semuanya baik-baik sahaja ya.
Aqis pon Alhamdulillah sihat walafiat, malah terlebih sihat barangkali. :)

Ego.
Kenapa topik ni?

Kerana Aqis tak boleh bercakap banyak, maka Aqis tulis.
Bagi mereka yang mengenali Aqis (atau baru kenal), sejujurnya Aqis takkan atau jarang mengisi perbualan Aqis dengan ayat Islamik. Bila menulis, Aqis lebih gemarkan menggunakan perkataan Islamik ni.

Kenapa?

Ini sebabnya. Bukan Aqis mahu bersikap munafik atau sebagainya.
Ini kerana rata-rata teman-teman Aqis ialah mereka yang terdiri daripada Muslim dan juga non Muslim. Di mana mereka kebanyakannya yang kepala sempoi2 punya. Layan pula dengan kepala Aqis, Makin senget la jadinya. Haha. Bila berhadapan dengan orang, Aqis suka untuk keluarkan kata-kata hikmah secara spontan dan ada juga la kadang tu bual kosong. Maksudnya perbualan Aqis tu perbualan yang biasa-biasa. Aqis tak nafikan.

Kalau tak pandai cakap, maka tunjukkan AKHLAK yang baik.
Itu salah satu cara untuk sebarkan dakwah.
Mudah je, tak susah. Ya, ianya dimulai dengan akhlak.

Berbalik kepada topik kita, EGO.

Aqis mengaku dahulu kala Aqis memang seorang yang punya ego yang ummm, tidaklah tinggi sangat cuma ego itu ada. Lebih2 lagi zaman muda remaja dulu. Anak sulong pula tu, tak de siapa boleh bangkang muahahahahahhaha (kejam tau).

Semakin umur meningkat ke fasa awal dewasa, Aqis dah punya 4 lagi adik bawah Aqis. Kalian rasa Aqis kena maintainkan ego Aqis dan adik-adik tak boleh bangkang langsung?

Tentunya TIDAK!

Perbezaan sentiasa mematangkan kita. Ianya bergantung juga, dengan siapa kita berkawan, bagaimana cara pemikiran kita, cara pergaulan kita, layanan terhadap orang tua. Tentunya ia perlu diambil kira.

Ok, Aqis dah berusia 22 tahun.
Jadi Aqis mesti dah boleh berfikir panjang dan luar dari kotak.
Sebagai contoh, usia macam Aqis ni mesti dah boleh kahwin kan (kahwin sokmo).

Ego akan menghasilkan perkahwinan yang berantakan. Percaya?
Dengan ego, sikap toleransi mungkin tidak dapat dipupuk. Percaya?
Ego, manusia mahu sentiasa di atas dan tidak fikirkan pula mereka yang di bawah. Percaya?
Dan ego, manusia boleh saling membenci. Anda percaya?

Berapa umur kalian sekarang?
18? 25? 32?

Andai kalian punyai ego, BELAJAR bagaimana untuk mengawalnya.
Surutkan ia sewajarnya.

Apa yang boleh Aqis kongsi?

1. Lihat bagaimana kita melayan/bercakap dengan ibu dan bapa kita. Kasar atau lembut?
Ada tak risiko bagi pasangan yang akan bersikap kasar dengan pasangannya jika dahulunya dia memang suka cakap dengan nada yang tinggi dengan kedua ibu bapanya?
SANGAT BESAR RISIKOnya.

Faham ya, setiap pasangan (khususnya wanita) mahukan suami yang menghormati dirinya, yang memberi nasihat saat dia letih, yang memberikan kata-kata semangat ketika di dalam dewan bersalin, yang menjadi 'bangku' di saat isterinya hampir ter'jatuh' dan pelbagai lagi permintaan yang positif. Begitu juga kaum Adam. Mereka mahukan isteri yang baik tingkah lakunya, lemah lembut tutur katanya, pandai melayan dan sebagainya.

Kita sedia maklum, tiada manusia yang sempurna. NONE!
Tapi akan ada manusia yang sentiasa berusaha untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik.

Kerana dia berpandangan jauh.
Kita nak pandang jauh2 bukan nak target masa depan je, tapi kena target akhlak kita 20 tahun akan datang jika perangai negatif kita tetap sama.
Kita takkan jadi apa. Kita mahu jadi apa?

Aqis tahu, sukar untuk mengubah diri untuk sentiasa berfikiran positif.
Tapi sayang, orang yang berfikiran positif itulah yang boleh berfikir secara waras, melakukan sesuatu yang mengagumkan dan mudah memaafkan kesilapan orang lain.

Mereka ini bakal berjaya di masa hadapan.
Kerana dia punya akhlak.
Akhlak mencerminkan peribadi.
Peribadi ummah :)

2. Kongsikan perasaan anda dengan orang yang paling dipercayai.

Ego ni terdiri daripada pelbagai jenis.

Ego memendam perasaan.
Ego cakap lepas.
Ego menegakkan pendapat.
Ego tidak mahu kalah dalam pelbagai perkara.

Do you believe to your spouse?

.......................................................

Dengan pengalaman yang ada, orang terdekat dengan Aqis. Aqis kenal dirinya sejak kecil lagi. Egonya masya Allah tinggi memuncak. Alhamdulillah Allah permudahkan urusannya untuk berjaya di dunia tetapi Aqis sangat risaukan urusan akhiratnya.

Apa yang Aqis buat?
Aqis teruskan berkomunikasi dengannya dengan selembut atau Aqis akan cakap direct mengenai egonya. Aqis tahu, ego ni tandanya dia tak mahu kalah. Aqis juga tak mahu kalah tapi bukan dengan ego sama ego Aqis tentang. Aqis lawan dengan point/luahan perasaan.

Nampak? Aqis luahkan.
Supaya orang tahu isi hati kita.
Supaya dia terdiam. Supaya dia faham apa yang kita rasa.
Ingat.
Bukan semua perkara, si ego ini boleh menang.

Dan Aqis tahu, si ego ini masih tercalit perasaan simpati, kasih, belas kasihan.
Ayuh, ambil tindakan sekarang (emo tangan sado).

Yeah. Kadang2 Aqis simpan juga perasaan ni tapi tengok orang yang akan berhadapan dengan Aqis lah.
Alhamdulillah, hamba Allah ni Aqis dah perasan perubahan tingkah lakunya.
Lebih bersikap kerjasama dengan Aqis. Faham apa yang Aqis mahukan.
Menjadi pendengar yang baik. Ya, hamba Allah ini sedikit demi sedikit menunjukkan reaksi positif.

TIADA MANUSIA YANG TIDAK BOLEH BERFIKIRAN POSITIF.

Mengikut statik, manusia akan cenderung mendengar/mengikut perbuatan kawan sekelilingnya.

SEKARANG BAYANGKAN ANDA KESEORANGAN. TANPA KAWAN-KAWAN ANDA.
ANDA BERHADAPAN DENGAN SEEKOR BUAYA. DALAM JARAK YANG ANDA BOLEH LARIKAN DIRI LAGI.

JIKA ANDA BERFIKIRAN POSITIF, ANDA AKAN LARI SELAJU MUNGKIN DAN BERDOA KEPADA ALLAH SERTA BERUSAHA DENGAN MENJERIT MEMINTA PERTOLONGAN.

JIKA ANDA BERFIKIRAN NEGATIF, YA ANDA BOLEH BERDOA/BERTAWAKAL TETAPI DI MANA USAHA ANDA? ANDA JADI BLANK. ANDA TAK BOLEH FIKIRKAN CARA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI. MALAH ANDA BERDIRI KAKU SAHAJA DI SITU KERANA MEMBAYANGKAN ADA BUAYA LAIN YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA.

MANA BOLEH HANYA SERAHKAN KEPADA TAKDIR (BAGI SITUASI BURUK) SEDANGKAN ANDA BERUPAYA UNTUK MENGUBAH TAKDIR MENJADI LEBIH BAIK.

TUKAR! DENGAN USAHA DAN PEMIKIRAN POSITIF.

Boleh anda bezakan apa perbezaan orang positif & negatif sebentar tadi?

Orang yang positif, boleh buat pelbagai perkara dalam satu masa. Kerana dia yakin, perkara itu akan membuahkan hasil jika dia berusaha.

Manakala orang berfikiran negatif itu hanya state sedikit/satu perkara sahaja di dalam kepalanya. Iaitu perkara yang kurang baik. Hasilnya pasti dia yang menanggung kesusahan.

Subhanallah.
Kerana ego, bukan badan tetapi HATI yang akan binasa.
Fikirlah.

Fahami hati orang lain. Bukan ikut dan hati kita sahaja.
Bertimbang rasa. Aqis tahu si ego ini orang yang baik. I just know that.

Don't create new egonist by being egoist.

Ps: Aqis memang tidak akan cakap perkara camni di khalayak. Sebab tu, kalau orang tanya Aqis apa yang Aqis rasa/perasaan Aqis, percayalah Aqis takkan beritahu dengan baik ketika bercakap berbanding Aqis menulis. Kerana itu Aqis menulis. Ada masanya Aqis gemar bercakap. Ada masanya Aqis memilih untuk menulis.

Penulisan ini ada kalanya Aqis tak fikir ayat. Aqis menaip secara berterusan. (Dah siap taip baru tengok ayat tunggang terbalik atau tak).

OK lah. Itu sahaja.
Salam sayang, Aqis.

No comments: