Esok kerja, Balqis dah kenapa takmau tido lagi?
So Alhamdulillah masuk harini (1.06am) dah raya Aidilfitri ke 6 dah.
Setiap hari yang berlalu dalam bulan Syawal kali ni, syukur Aqis panjatkan kepada yang Esa. Semuanya kelihatan hampir sempurna. Maksud Aqis kebahagiannya :)
Sebab apa?
Tetamu kali ni bagi Aqis, ada sahaja yang datang. Seronok! Walaupun Aqis tak banyak buat kerja, Sue je banyak heheh (sorry tuwaya) still Aqis rasa bahagia. Alhamdulillah.
Iyelah. Sue balik cuti raya. Berjumpa dengan setiap orang yang Aqis sayang masya Allah. Walaupun selalu jumpa, perasaan kemenangan Syawal ni lain macam tau. :)
Diary,
Awak nak tahu? Sepanjang ketiadaan Aqis di sini, Aqis planning untuk lunaskan impian Aqis yang dah lama Aqis simpan. Haritu Aqis tulis dalam diary nyata Aqis, dalam buku. Aqis terjumpa!
Ni Aqis tulis kat diary nyata Aqis pada tahun lepas ke tak silap. Saje Aqis ambil gambarnya. Untuk bagi semangat dalaman in shaa Allah :) |
Nanti Aqis story lebih lagi mengenai ImaanBalqis okay, diary :) <3
Diary,
Aqis sudah pun mengadu pada Allah, ni Aqis nak mengadu pada diary pula ya.
Aqis sebenarnya rasa hiba gila hari ini. Aqis td adi pergi pasaraya. Nak cari bunga kantan, penat betul Aqis, tak jumpa-jumpa. Hmph hmph. Boleh keluar lagu jiwang, Aqis gi jalan slow-slow, ingat nak buat clip video apa, pastu hujan turun rintik-rintik? Hahahahahah. Cepat-cepat Aqis tersedar.
Petang tadi, ada saudara dari Kuala Selangor datang.
Mak lang dan 2 orang anak perempuannya solat dalam bilik Aqis. Diary, dorang nampak baju Aqis tergantung, mesin jahit. Dorang ingat Aqis business baju. Hehe. Aqis kata Aqis jual tudung. Tapi belum release lagi. Uuuu. Aqis kena mantapkan skill komunikasi dalam berniaga la Diary.
Akaknya kata adiknya tengok gaya Aqis pakai shawl. Aqis pakai biasa je pon. Style lilit satu kali je. Dorang nak tengok tudung Aqis. Aqis pakaikan shawl ImaanBalqis tu kat akaknya. Camna nak bagi muka nampak bujur, lilitan yang kemas, etc. Alhamdulillah Subhanallah Aqis bersyukur sangat, Diary. Sekali 3 helai dorang beli! Alhamdulillah.
Di saat tu, satu je Aqis fikir. Aqis mungkin/bakal kehilangan sesuatu/seseorang yang berharga dalam hidup Aqis tapi Allah dengan pantasnya hadiahkan ke Aqis rezeki yang Aqis sendiri tak duga. Masya Allah hebatnya Allah :') Air mata Aqis keluar sikit ni, Diary......
Takpelah. It's okay.
Mungkin kehilangan yang bakal Aqis hadapi sebagai petanda untuk Aqis lagi ingat Allah. Supaya menjadi manusia yang terus bersyukur. Menjadi manusia yang berusaha untuk menjaga akhlaknya, in shaa Allah.
Aqis lalai banyak sangat dah sebelum ni.
Jika ini cara Allah untuk biarkan Aqis sendirian, maka Aqis redha seredhanya.
Semoga Aqis sentiasa tetap dalam pendirian Aqis yang baik-baik.
Semoga Aqis dan adik-adik serta muslimin muslimat kat luar sana menjadi seorang yang soleh/solehah. Aamiin.
Ok lah diary. Aqis tidur dulu ya. Tadi taknak menaip sebenarnya, Sebab dah mengantuk. Tapi nak taip juga hehe ;')
Semoga hari esok menjadi lebih baik dari hari-hari sebelum ni :)
Assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment