Friday, 17 July 2015

Eid 2015 // 1436H

Assalamualaikum wbt.
17/7/2015 @ 1 Syawal 1436H

Today is 1st of Syawallllllllllll. Masya Allah excitement feeling going to burst out! :D

Alhamdulillah setelah 29 hari kita menahan pelbagai nafsu yang kita ada di bulan Ramadha, hari ini kita meraikan pula Hari Raya Aidilfitri. #syukurselalu

Pagi Syawal, mama dan sue (yeay! su balik!) masak rendang ayam, aqis macam biasa aa. Susun perabot kat depan, sapu2 alahaiii kiranya mengemas bahagian ruang tamu la. 1st time mama bagi kepercayaan kat Aqis untuk menata rias bahagian tu. Biasa mama yang buat. Rasa cam mama baca je blog Aqis ni. Yelah. Kan antara wishlist, Aqis nak deco rumah sendiri kan :) Alhamdulillah Allah bagi Aqis rasa awal :)

Pagi raya, kitorang masih mengemas rumah! Hahahaha. Rock an. Keluarga Acu Bob (adik mama) ialah tetamu pertama kami :)
Lepas ambil gambar, beraya, sembang2, makan2, kami dua keluarga sepakat untuk ke Tanjung Karang. Kampung belah mama. Acu Bob gerak dulu pasal kami tunggu papa balik daripada solat Jumaat.

Alhamdulillah untuk raya tahun ni, keluarga kami bertema kaler coklat tua.
Raya pertama banyak jugalah gambar diambil. Mama's request hehe. Alaa guna Oppo je pung. Heheh.

Harini je dah 4 buah rumah kami jelajah. Esok ada lagi ni sebab harini punya tak habis lagi ahaks.
Alhamdulillah, Aqis pon dapat juga duit raya seringgit dua. Wuwuwu. Jadilah nak. Syukur. Ada orang tak mampu bagi pon. Takpe, tujuan raya kan nak mengeratkan kembali ukhwah persaudaraan. Duit raya hanya adat :)

Baju raya Aqis tahun ni, Aqis designed sendiri.
Bila baju ni dah siap kan, FynnJamal ada lancarkan jubah FYNNJAMALRTW kan, boleh plak hai sama pattern kat bahagian tangan tu. Itulah, keluarkan ideamu Balqissss. Spend it out to world! ^^











 Salaam Eids' from our family :)


No comments: