Aqis rasa cam Aqis perlu kongsikan dengan dunia perkara ni.
HANDSOCK atau INNER LENGAN.
OK senang cerita, mudah untuk kalian faham. Yang tertutup rapi itu pasti indah <3
Ini termasuk tangan kita. Perasan kan, bila kita pakai baju lengan panjang, slek pulak bila angkat tangan je, nampak la kulit tangan kita yang putih gebu halus mulus tu. Duh -,-
Sejujurnya tiada apa yang kita perlu banggakan dengan anggota badan kita. Boleh nak rasa camtu, tapi lebih baik cantikkan secara MAKSIMUM di depan mata suami kita. Anda memang cantik. Tapi cantik lagi yang tertutup rapi :)
Perasan bukan, sesetengah wanita itu kelihatan cantik tapi sayang, bahagian yang seringkali terdedah itu lebih banyak daripada yang tertutup :(
Bahagian yang seringkali terdedah:
1. Dada
2. Pergelangan tangan
3. Lengan
4. Bentuk badan (pinggang/abdomen)
5. Bentuk kaki
6. Pergelangan kaki/tapak kaki
7. Leher
Kenapa Aqis terangkan bahagian yang lebih banyak terdedah berbanding yang sebaliknya?
SUPAYA KITA NAMPAK. KITA LIHAT.
MANA BAIK. MANA BURUK.
Maaf. Andai perkataan ini mengguris hati.
Duhai wanita, dikaulah permata hati.
Cuma satu Aqis pesan, andai kamu lihat seorang wanita yang belum sempurna penutupan auratnya, JANGAN MENGKRITIK dirinya. JANGAN KELUARKAN KATA-KATA YANG TIDAK BAGUS. SESUNGGUHNYA KATA-KATA ITU DOA. SAYA ULANG SEKALI LAGI..
KATA-KATA IALAH DOA.
Jadi, katakanlah yang baik-baik sahaja. Husnudzon jalan terbaik. Andai rasa nak cakap perkara tak elok, fikirkan Nabi Muhammad pernah bersabda, Sesungguhnya penghuni NERAKA paling RAMAI adalah di kalangan kaum WANITA.
Jadi Muslimahku sayang, kita usaha untuk tidak menjadi salah seorang penghuni neraka ya. Usahalah untuk menjadi penghuni syurga dan menjadi BIDADARI di dalam sana :) in shaa Allah moga Allah redha dengan setiap jihad kecil kita.
Aqis menulis kerana tiap kali Aqis keluar pergi jalan2, Alhamdulillah bagi yang manis tertutup semua tapi yang sebaliknya. Apa yang Aqis mampu buat, doakan dia dari jauh. Meskipun Aqis tak kenal pon siapa orang tu.
Jadi Aqis harap, kalian boleh buat perkara yang sama ya.
Kita DOA DARI JAUH.
Jadi manusia yang positif. Proses perubahan ke arah keburukan itu mudah, malah cepat je. Tapi nak jadi ke arah kebaikan masya Allah DUGAAN, UJIAN nya sampai kita rasa kita tak boleh nak lalui.
Kejap sayang. Ujian Allah tu, semua DI DALAM KEMAMPUAN kita :)
Ingat Allah; lebih-lebih lagi bila kamu nak buat perkara yang mendatangkan was-was (ke arah keburukan). Maka belajar untuk tidak pedulikan dan sedikit-sedikit anda TINGGALKAN.
CUBA.
CUBA.
USAHA. In shaa Allah berjaya :)
Jadi mulakan dengan pakai handsock harini jom! ^^
Slow2.
Panas sekejap. Sekejap je.
Waktu dunia ni apalah sangat lamanya berbanding di akhirat kelak.
Mari sahabat. Kita berpimpin tangan :)
Siapa diri kamu, bagaimana cara hidup kita pun duhai sahabatku sayang, mari, kita jalan sama-sama. :)
Ikhlas,
Balqis yang juga masih bertatih :)
Jom pakai handsocks! <3 |
No comments:
Post a Comment